MANGSA cedera akibat gempa bumi kuat di kawasan Tokyo dilaporkan meningkat kepada 32 orang setakat ini.
Memetik agensi berita Kyodo pada Jumaat, daripada jumlah itu, tiga orang daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Terdahulu, laporan Yomiuri Shimbun menyatakan jumlah yang cedera adalah 28 orang dan tidak mengancam nyawa.
Pada petang Khamis, satu gempa kuat melanda wilayah ibu negara Jepun.
Pada awalnya, magnitud gempa dianggarkan pada 6.1 tetapi kemudian turun ke 5.9.
Jepun terletak di zon aktif seismik yang dikenali sebagai lingkaran gunung berapi dan sering mengalami gempa bumi kuat.
Gempa 9.0 pada skala Richter pada 2011 dan disusuli tsunami mengorbankan lebih 15,000 orang selain menyebabkan krisis loji nuklear Fukushima. — Agensi