Gempa tercetus di Utara Laut Maluku, tidak ancam Malaysia


  • Benua
  • Jumaat, 24 Sep 2021

Utara Laut Maluku dilanda gempa pada ukuran 5.1 skala Richter.

SATU gempa bumi direkodkan berlaku di Utara Laut Maluku pada ukuran sederhada 5.1 skala Richter.

Menerusi kenyataan Jawatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 55 kilometer itu berada di koordinat 2.2 darjah utara dan 126.9 darjah timur serta terletak 170 kilometer utara dari Ternate, Indonesia.

“Gempa bumi sederhana magnitud 5.1 berlaku di Utara Laut Maluku pukul 2:36 ptg, koordinat 2.2° U dan 126.9° T kedalaman 55 km.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia yang dimuatnaik di laman sosial Twitter. - Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gempa bumi, tsunami, maluku, meteorologi,