PERTUBUHAN Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerima dua resolusi yang menyokong Palestin pada sesi ke-212 lembaga eksekutifnya yang diadakan di Paris, Perancis pada Rabu.
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyebut, resolusi mengenai Palestin yang diceroboh dan institusi kebudayaan dan pendidikan Palestin dipersetujui sebulat suara oleh anggota majlis eksekutif organisasi berkenaan
Tambah kenyataan itu, resolusi tersebut menegaskan status Baitulmuqaddis Timur sebagai kota yang diceroboh dan menggesa penamatan segera tindakan tidak sah yang dilakukan rejim Zionis di kota suci terbabit.
Menyambut baik resolusi itu, kementerian berkenaan menyeru masyarakat antarabangsa dan UNESCO memberi tekanan pada Israel untuk menghentikan tindakan tidak sah tersebut dan percubaannya memanipulasi warisan kebudayaan Palestin.
Kementerian itu turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah konkrit bagi memastikan pelaksanaan resolusi UNESCO berhubung dua perkara berkenaan serta yang berkaitan dengan Al-Haram Al-Sharif dan Kota Lama Baitulmuqaddis, Masjid Ibrahimi dan Kota Lama Hebron.
Selain itu, kementerian terbabit turut menuntut agar ekskavasi haram Israel di Baitulmuqaddis Timur dihentikan. — Agensi