PALESTIN dijangka bersedia berdamai dengan Israel selepas hampir setengah abad kedua-dua pihak terlibat dalam konfrontasi dan pertumpahan darah.
Pada Rabu, Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi pada Rabu menghubungi Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk membincangkan proses perdamaian antara Palestin dan Israel.
"Kedua-dua pemimpin mengkaji semula perkembangan terkini perjuangan Palestin dan proses perdamaian," kata pejabat presiden Mesir.
Sisi berkata usaha negaranya berkoordinasi dengan rakyat Palestin untuk menghidupkan kembali rundingan damai bertujuan mengembalikan hak rakyat Palestin dan mewujudkan keselamatan serta kestabilan di rantau itu.
Abbas memuji hubungan Mesir-Palestin dan Palestin menghargai usaha serta ikhtiar Mesir untuk meningkatkan perjuangan Palestin dan mencapai penyelesaian yang adil dan komprehensif.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneruskan koordinasi dan perbincangan dua hala berhubung isu-isu kepentingan bersama.
Terdahulu, Hamas menyifatkan perkembangan tentang perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan Perisikan Awam Mesir Abbas Kamel di Kaherah sebagai petanda positif.
Kedua-dua pihak membincangkan beberapa isu berkaitan perkembangan politik, hubungan dua hala, mencapai perpaduan Palestin, dan menyusun semula hal ehwal dalaman Palestin.
Delegasi Hamas, diketuai ketua biro politik Ismail Haniyeh dan pemimpin di Semenanjung Gaza Yahya Sinwar, tiba di Kaherah pada Ahad dan mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan perisik keselamatan Mesir.
Pada 21 Mei, Mesir menjadi orang tengah usaha gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza, mengakhiri ketegangan yang menyebabkan lebih 250 Palestin dan 13 Israel terbunuh. — Agensi