MAHKAMAH Israel memutuskan untuk melarang golongan Yahudi daripada berdoa di pekarangan Masjid al-Aqsa, Baitulmuqaddis Timur.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah Israel sebelum ini membenarkan golongan berkenaan untuk berdoa di al-Aqsa, sekali gus mencetuskan kemarahan Palestin dan negara-negara Islam.
Seorang pemimpin agama Yahudi dari Israel, Aryeh Lippo baru-baru ini dikenakan larangan daripada memasuki al-Aqsa selama dua minggu selepas didapati berdoa dalam pekarangan masjid tersebut pada bulan lalu.
Mahkamah Israel menarik balik sekatan tersebut sambil mendakwa Lippo tidak melanggar sebarang arahan rejim Zionis.
Keputusan mahkamah Israel untuk menarik balik sekatan terhadap Lippo disifatkan oleh Majlis Wakaf Islam Palestin sebagai satu bentuk provokasi.
Malahan, polis Israel turut menegaskan Lippo terbabit dalam melakukan perbuatan yang tidak elok di tempat awam.
Golongan Yahudi dibenarkan untuk mengunjungi al-Aqsa tetapi tidak boleh berdoa atau melakukan ritual keagamaan di masjid terbabit.
Golongan tersebut menggelarkan al-Aqsa sebagai 'Kuil Mount', yang merujuk kepada dua kuil yang didakwa dibina di kawasan tersebut sejak zaman purba. — Agensi