JUMLAH mangsa tragedi ribut tropika Kompasu meningkat kepada 19 orang manakala 13 lagi masih dilaporkan hilang, menurut kerajaan Filipina.
Menurut Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional yang dipetik agensi portal Xinhua, angka itu boleh meningkat kepada 30 orang.
Dalam pada itu, turut disahkan adalah 11 kematian dan satu mangsa masih hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di wilayah utara Filipina.
Ribut tropika mengakibatkan banjir dan kejadian tanah runtuh dan ekoran itu menyaksikan 2,000 mangsa dipindahkan ke tempat lebih selamat.
Dalam laporan agensi berkenaan turut menyatakan kerosakan terbesar adalah membabitkan utara Filipina dan kerosakan hasil pertanian mengakibatkan kerugian bernilai US$9.7 juta (RM 40.3 juta).
Kejadian ini adalah insiden taufan kali ke 13 melanda Filipina tahun ini. Dianggarkan 20 taufan melanda Filipina setiap tahun. — Agensi