'Saya hamil cucu mama, mama mengandungkan adik saya'


  • Benua
  • Rabu, 13 Okt 2021

WANITA ini berkongsi foto dan status tentang dirinya yang sedang hamil dengan ibunya. — Facebook

PASANGAN ibu dan anak dari Indonesia menjadi sensasi internet selepas foto mereka berdua yang dirakam bergambar bersama dalam keadaan hamil di Facebook tular di laman sosial.

Menurut laporan laman Suara.com pada Selasa, wanita muda dan ibunya itu menjadi bualan netizen apabila mereka dikatakan bakal menimang cahaya mata secara serentak.

Menerusi hantaran yang dikongsikan semula oleh pemilik akaun Instagram @recehskidipapap, wanita tersebut berdiri di sebelah ibunya dalam keadaan kedua-duanya memegang perut masing-masing.

“(Hamil) bersama-sama ya.

“Saya hamil cucu mama, mama mengandungkan adik saya,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Status itu kemudiannya mendapat perhatian netizen yang berkongsi pendapat dan rasa teruja mereka di ruangan komen.

“Baru lahir nanti terus bergelar ibu saudara,” tulis seorang netizen.

Hantaran tersebut menjadi tular dan mendapat 20,000 tanda suka dan beratus-ratus komen setakat ini. — Agensi

Indonesia, hamil serentak, tular, Facebook