CHINA dan India saling menyalahkan satu sama lain atas kebuntuan semasa pusingan terakhir rundingan peringkat komander mengenai pengunduran tentera dari kawasan Garis Kawalan Sebenar (LAC).
Perbincangan pusingan ke-13 antara kedua-dua negara itu berlangsung pada Ahad.
"Pihak China membuat usaha besar untuk meredakan ketegangan di kawasan sempadan dan menunjukkan sepenuhnya keikhlasan China untuk menjaga kepentingan keseluruhan hubungan ketenteraan dua hala.
"Bagaimanapun, India masih mempertahankan tuntutannya yang tidak munasabah dan tidak realistik, yang menyukarkan lagi rundingan itu," kata kementerian China dalam satu kenyataan.
Angkatan tentera India, sebaliknya, menyalahkan kebuntuan di LAC tercetus berikutan percubaan China untuk "mengubah status quo".
"Dalam pertemuan itu, pihak India membuat cadangan konstruktif bagi kawasan-kawasan yang masih bermasalah namun tidak dipersetujui pihak China yang juga tidak mengemukakan cadangannya. Mesyuarat itu tidak mencapai kesepakatan mengenai kawasan yang masih bermasalah," kata kenyataan itu.
Sejak Mei 2020, proses rundingan wilayah sempadan telah menyaksikan jalan buntu dalam serangkaian rundingan antara India dan China. Kedua-dua pihak kemudian meningkatkan kehadiran tentera di kawasan itu.
Dalam usaha menyelesaikan konflik, kedua-dua negara melancarkan rundingan pengunduran pada awal Jun 2020, dengan fasa pertama pengunduran di tebing utara dan selatan Tasik Pangong selesai pada Februari tahun ini. Pada Ogos, proses itu dilakukan di Gogra Post.
Kedua-dua negara itu terlibat konflik sempadan susulan pertempuran pada Jun 2020 yang menyaksikan 20 askar India maut.
China juga mengalami korban tetapi angka kematian tidak didedahkan, sekali gus menjadi korban pertempuran pertama untuk kedua-dua negara di sempadan itu dalam tempoh 45 tahun. — Reuters