CHINA menghantar hampir 150 pesawat di ruang udara zon pertahanan Taiwan selama empat hari berturut-turut sehingga Isnin.
Beberapa penganalisis mengatakan penerbangan itu dapat dilihat sebagai peringatan kepada Presiden Taiwan menjelang hari kebangsaan pulau itu.
Presiden Taiwan Tsai Ing-wen memperingatkan akan ada akibat 'bencana' bagi perdamaian dan demokrasi di Asia jika pulau itu jatuh ke tangan China.
"Ini akan menandakan bahawa dalam penilaian global hari ini, otoriterisme menguasai demokrasi,"
"Walaupun Taiwan tidak melakukan konfrontasi, kita akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan diri," tulisnya dalam satu artikel untuk media di Taiwan.
Media Taiwan kerap melaporkan bahawa tentera udara China berulang kali terbang berdekatan sempadannya.
Dalam perkembangan terkini, misi terbaru China termasuk 34 pesawat pejuang J-16 dan 12 pengebom H-6 berkemampuan nuklear.
Berdasarkan peta yang disediakan oleh kerajaan Taiwan, semua pesawat ini terbang di kawasan berhampiran Kepulauan Pratas yang dikuasai negara itu.
Berdasarkan laporan media, empat lagi pesawat pejuang China dikesan lewat pada hari Isnin, dengan jumlah keseluruhan 56 pesawat dalam satu hari.
Badan pembuat polisi tertinggi China, Majlis Hal Ehwal Tanah Besar (MAC), menuduh Beijing merosakkan status quo keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
Jurucakap MAC Chiu Chui-cheng dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mahu Beijing segera menghentikan tindakan provokatifnya yang tidak bertanggungjawab.
"China adalah pelakunya yang menyebabkan ketegangan antara dua sisi Selat Taiwan.
"Hal ini telah mengancam keamanan dan ketenteraman wilayah," ujarnya.
Tambahnya lagi, Taiwan tidak akan pernah berkompromi dan menyerah kepada ancaman China itu.
Sementara itu, China turut membalas tuduhan tersebut dengan mendakwa Washington sebagai provokator Taiwan untuk berpisah dengan negara republik itu.
Dalam satu kenyataan, China memberi amaran agar tidak menyokong kemerdekaan Taiwan.
"Melibatkan kemerdekaan Taiwan adalah jalan buntu.
"China akan mengambil semua langkah yang diperlukan dan dengan tegas menghancurkan plot kemerdekaan Taiwan," katanya.
Tambahnya lagi, Amerika Syarikat harus berhenti menyokong pasukan pemisah Taiwan.
Penganalisis juga mengatakan bahawa Beijing semakin khawatir bahawa pemerintah Taiwan memindahkan pulau itu ke arah pengisytiharan kemerdekaan secara rasmi.
China juga ingin memperingatkan Ing-wen agar tidak mengambil langkah ke arah itu.
Bagaimanapun, Presiden Taiwan itu memberitahu, pihaknya tidak perlu membuat kenyataan rasmi kerana Taiwan sudah menjadi negara merdeka.
Katanya lagi, pulau ini mempunyai susur galur, ketenteraan, dan pemimpin yang dipilih secara demokratik.
China tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kuasanya untuk meletakkan Taiwan di bawah naungannya. — Agensi