Bekas menteri Perancis cetus kemarahan China


  • Benua
  • Khamis, 07 Okt 2021

RICHARD (kiri) bertemu Ing-wen di Taipei, Taiwan pada Khamis. — Reuters
BEKAS Menteri Pertahanan Perancis, Alain Richard mencetuskan kemarahan China apabila menggelar Taiwan sebagai sebuah negara.

Richard yang melakukan lawatan ke Taiwan selama lima hari, menerima anugerah pingat penghormatan tertinggi daripada Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen.

Beliau mengatakan kedutaan Taiwan di Paris, Perancis melakukan tugas yang baik dalam mewakili Taiwan.

Dalam pada itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Taiwan menyifatkan lawatan Richard itu sebagai simbol desakan Taiwan dan Perancis dalam menegakkan nilai kebebasan serta demokrasi.

"Kami sangat tersentuh hati kerana Richard tidak tunduk kepada tekanan untuk melakukan kunjungan ketiganya ke Taiwan," menurut menurut Ing-wen.

China sering kali mendakwa Taiwan merupakan sebahagian daripada 'wilayahnya' dan menolak sekeras-kerasnya Taiwan dirujuk sebagai sebuah negara.

Beijing sebelum itu berulang kali membantah lawatan Richard ke Taiwan kerana berpotensi hubungan dua hala antara Perancis dan China.

Pada Februari lalu, China mendakwa lawatan Richard itu jelas melanggar polisi Satu China dan menghantar 'isyarat buruk' kepada pasukan tentera pro kemerdekaan di Taiwan. — AFP

China, Taiwan, Alain Richard, Perancis