Gagal tepati janji, pengundi boikot pilihan raya Iraq


  • Benua
  • Ahad, 10 Okt 2021

PBB menyatakan bahawa rakyat Iraq seharusnya yakin untuk mengundi seperti mereka mahu. — Agensi

PILIHAN raya Iraq mendapat protes termasuk dalam kalangan pengundi berikutan ia dikawal ketat pihak berkuasa termasuk menutup sempadan negara sehingga Isnin.

Proses pemilihan yang bermula jam 7 pagi (waktu tempatan dan ditutup pada 6 petang) itu dijangka diboikot ramai pengundi yang tidak mempunyai janji reformasi oleh kerajaan.

Ia turut mendapat perhatian oleh berpuluh pemerhati yang dikerahkan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hadir untuk mengawasi pemilihan itu.

Malah, aspek keselamatan juga diperketatkan dengan lapangan terbang di seluruh Iraq ditutup sejak petang Sabtu hingga ke awal pagi Isnin.

Tindakan itu dilakukan kerana dibimbangi kehadiran kumpulan militan malah, difahamkan berpuluh aktivis anti kerajaan juga sudah dibunuh, diculik atau diugut sejak beberapa bulan ini, dengan dakwaan ia didalangi oleh puak bersenjata pro-Iran.

"Rakyat Iraq seharusnya yakin untuk mengundi seperti mereka mahu, di dalam suasana bebas tekanan, ugutan dan ancaman," kata wakil PBB di Iraq sebelum pilihan raya berlangsung.

Pada Oktober 2019, tunjuk perasaan berlangsung di Baghdad dengan puluhan ribu orang keluar di jalanan sebagai protes.

Mereka berbuat demikian kerana tidak berpuas hati terhadap amalan rasuah, kadar pengangguran dan perkhidmatan awam dan beratus-ratus maut apabila ia bertukar menjadi ganas.

Bagaimanapun, protes itu beransur-ansur hilang disebabkan kekecewaan yang berterusan malah penganalisis juga meramalkan jumlah undi yang rendah akan direkodkan, pada Ahad.

"Kami tidak mempunyai kuasa, tiada pengangkutan awam, tiada perkhidmatan awam dan perkhidmatan kesihatan yang rapuh meskipun Iraq adalah negara terkaya di rantau ini.

"Apa pun tidak akan berubah. Pilihan raya ini akan dimenangi oleh pihak sama yang ditentang oleh orang ramai," kata seorang Mohammed Kassem, 45 tahun yang enggan keluar mengundi.

Sekutu Fatah, blok yang mewakili militan Syiah, yang disokong Iran turut dijangka akan kekal di kerusi itu.

Kumpulan ulama Moqtada Sadr yang sudah menjadi kuasa besar di Parlimen juga diharap akan mendapat lebih banyak keuntungan namun mereka ia dijangka tidak cukup menguasai kem Syiah.— Agensi

Iraq, pilihan raya, protes, PBB, militan, daesh