PUSAT pendaftaran bagi pilihan raya Palestin dibuka di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Palestin.
Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata, pendaftaran untuk pilihan raya yang bakal berlangsung pada 11 Disember depan akan dilanjutkan selama lima hari hingga 7 Oktober.
Katanya, terdapat 2.54 juta rakyat Palestin yang memenuhi syarat untuk mengundi dalam pilihan raya setempat.
Bulan lalu, pemerintah Palestin memutuskan untuk mengadakan pilihan raya tempatan menerusi dua peringkat pada 11 Disember 2021 dan 26 Mac 2022 di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Fasa pertama pengundian hanya akan diadakan di Tebing Barat, tetapi diboikot oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang memerintah Semenanjung Gaza.
Terdahulu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada April lalu membatalkan pilihan raya negara itu, yang sepatutnya berlangsung pada 22 Mei lepas atas alasan negara penjajah Israel melarang penduduk Baitulmaqdis mengundi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram