60 peratus pelarian Palestin menganggur


  • Benua
  • Jumaat, 08 Okt 2021

PELARIAN Palestin memegang bendera Palestin semasa demonstrasi menyokong rakyat Palestin di Gaza, di Kem Pelarian Ain al-Hilweh di Sidon, Lubnan pada 30 Mei 2021. — Agensi
KRISIS ekonomi di Lubnan diikuti perkembangan tahap kemanusiaan selain krisis Covid-19 memberi kesan negatif ke atas kehidupan pelarian Palestin di negara itu.

Anggota Gerakan Palestin di kem Nahr Al-Bared, Wissam Muhammad berkata, seluruh Lubnan termasuk kem pelarian Palestin telah menyaksikan peningkatan mendadak dalam harga komoditi asas, selain harga ubat-ubatan dan pengangkutan.

Pelarian Palestin tidak dapat memenuhi keperluan mereka dengan gaji yang berjumlah 50,000 lira (RM133) atau kurang.

Wissam berkata, Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) masih belum menunaikan tanggungjawab di kem Palestin sejak kemunculan wabak Covid-19.

Justeru, beliau menggesa UNRWA untuk menyokong para pelarian Palestin di Lubnan.

Kadar pengangguran di kem Palestin mencapai 60 peratus, tambahnya. —Agensi

pelarian, Palestin, menganggur