AS mahu mulakan semula rundingan


  • Benua
  • Jumaat, 08 Okt 2021

BIDEN berharap untuk melanjutkan rundingan dan ini menunjukkan Washington menentang usaha perbincangan semula dengan kerajaan baharu Iran.

PENTADBIRAN Joe Biden meminta rundingan segera kembalikan dilakukan di Vienna bagi menghidupkan semula perjanjian nuklear Iran.

Bagaimanapun, rundingan itu kini bergantung sepenuhnya kepada Iran.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Ned price berkata, Washington berhasrat meneruskan rundingan secepat mungkin sejurus Tehran memberikan persetujuan.

"Kami menyatakan secara jelas yang kami sudah pun bersedia, mahu dan boleh kembali ke Vienna secepat mungkin selepas mendapat persetujuan daripada rakan perbincangan," kata Price.

Perjanjian Joint Comprehensive Plan of Action (JCPOA) pada 2015 menyaksikan Iran menurunkan program nuklearnya sebagai pertukaran untuk mengakhiri sekatan ekonimi yang dihadapi.

Pada 2018, mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menarik diri bagi memberikan tekanan kepada Iran yang dilihat mengabaikan perjanjian membabitkan pembangunan uranium.

Namun semalam, Price berkata, pentadbiran Biden berharap untuk melanjutkan rundingan dan ini menunjukkan Washington menentang usaha perbincangan semula dengan kerajaan baharu Iran.

"Adalah penting untuk kedua-dua pihak untuk kembali bersama dan meneruskannya semula," katanya. — Agensi

joe biden, iran, rundingan nuklear