PASUKAN Anti-Keganasan Indonesia (Densus 88) menemukan 35 kilogram bahan peledak milik banduan pengganas, Imam Mulyana pada Jumaat lalu.
Bahan yang dikenali sebagai Aseton Peroksida atau TATP dijumpai di kaki Gunung Ciremai di Desa Bataragung, Sindangwangi, Majalengka, Jawa Barat.
Bahan tersebut yang sering digunakan dalam pembuatan bom oleh kumpulan pengganas ditemukan di sebuah lokasi tersembunyi, kira-kira tujuh kilometer dari Dusun Malarhayu.
Seorang penduduk tempatan, Parman tidak menyangka bahan peledak tersimpan di kawasan berkenaan.
"Ketika saya hendak pulang ke rumah, pihak polis bertanya sama ada saya mengetahui tentang lokasi Karang Lenang. Saya pun menunjukkan arah tempat itu kepada mereka.
"Kawasan tersebut sering dikunjungi orang ramai dan menjadi tapak perkhemahan serta mempunyai pemandangan yang cantik," ujarnya.
Pada mulanya, Parman tidak menyangka kehadiran ramai anggota polis pada Khamis lalu adalah untuk melakukan pencarian bahan terbabit.
Dia beranggapan pihak polis hanya mahu beristirehat di kawasan berkenaan kerana mereka membawa makanan dan minuman.
Namun, pada Jumaat, pihak polis memaklumkan sedang mencari bahan letupan terbabit di kawasan tersebut dan melarang penduduk merakamkan sebarang foto atau video. — Agensi