Indonesia berhutang RM144 bilion dengan China


  • Benua
  • Jumaat, 01 Okt 2021

INDONESIA merupakan antara negara teratas penerima dana Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Beijing. — Agensi

SET data pembangunan projek China, Banking on the Belt and Road melaporkan bahawa Indonesia merupakan antara penerima hutang terbesar dari China.

Berdasarkan laporan yang disusun oleh AidData itu, Indonesia memiliki hutang dengan China sebanyak AS$36 bilion (RM144 bilion) sepanjang tempoh 18 tahun.

AidData juga menyusun daftar pinjaman dan geran dari China sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, AidData terpaksa mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan data tersebut kerana China penuh dengan kerahsiaan.

"Hutang berkenaan merupakan pendanaan pelbagai projek dari 2000 hingga 2017.

"Ia sekali gus menyaksikan Indonesia berada di kedudukan kelima sebagai negara penerima hutang terbanyak dari China di dunia," kata laporan itu.

Tambahnya lagi, Indonesia merupakan antara negara teratas penerima dana Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Beijing.

Berdasarkan AidData lagi, projek itu merupakan projek kedua bernilai tinggi di negara tersebut.

"Laporan turut mendedahkan Indonesia merupakan negara pertama dalam projek BRI yang mengancam alam sekitar berdasarkan enam projek yang direkodkan.

"Dana yang diterima sepanjang 18 tahun itu masih digunakan untuk pembangunan projek sedia ada termasuk kereta api laju Jakarta-Bandung," ujarnya.

Hurainya lagi, dari aspek keseluruhan projek, Indonesia di carta ketiga dengan 71 projek, sementara Kemboja berada di kedudukan pertama sebanyak 82 projek.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Indonesia, China, hutang, projek, AidData, RM144 bilion