Facebook alami gangguan, Zuckerberg minta maaf 


  • Benua
  • Selasa, 05 Okt 2021

MARK Zuckerberg memohon maaf susulan gangguan perkhidmatan aplikasi media sosial syarikatnya. — AFP
PENGASAS bersama Facebook, Mark Zuckerberg pada Selasa memohon maaf kepada semua pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp di seluruh dunia susulan gangguan dalam perkhidmatan itu.

Menerusi satu hantara di Facebooknya, beliau berkata kesemua aplikasi tersebut ini kembali pulih secara beransur-ansur.

"Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini kembali beroperasi.

"Maaf atas gangguan yang berlaku hari ini. Saya tahu bagaimana anda bergantung kepada perkhidmatan kami untuk berhubungan bersama mereka yang anda sayangi,” kata Zukerberg dalam hantaran itu.

Sementara itu WhatsApp dalam ciapan di Tweeter menyatakan "Mohon maaf kepada semua yang telah tidak dapat menggunakan WhatsApp hari ini. Kami lakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk membolehkan WhatsApps berfungsi semula.

Terdahulu, jutaan pengguna di seluruh dunia menghadapi masalah menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu menerusi laman sesawang atau pun telefon pintar. — Agensi