Sinovac tidak bahaya untuk kanak-kanak, remaja


  • Primer
  • Isnin, 04 Okt 2021

VAKSIN Sinovac digunakan secara meluas dalam kalangan populasi muda berumur antara 12 dan 17 tahun di China.

VAKSIN Covid-19 Sinovac selamat untuk golongan kanak-kanak dan remaja malah, ia terbukti apabila lebih 63 juta dos vaksin berkenaan telah diberikan kepada rakyat China yang berumur antara 12 dan17 tahun sehingga kini.

Perkara itu dikongsi oleh Pharmaniaga Bhd yang memberi jaminan kepada para ibu bapa bahawa vaksin berkenaan sesuai untuk anak-anak mereka.

Berdasarkan kenyataan Pharmaniaga Bhd, analisis kesan imunisasi Adverse Events Following Immunisation (AEFI) terhadap 63 juta vaksinasi mencadangkan bahawa vaksin Sinovac memiliki profil keselamatan yang baik.

"Secara keseluruhannya vaksin ini selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak.

"Dengan data yang dikumpul kebanyakannya merujuk kepada suntikan rutin di lapangan dengan simpton biasa," katanya.

Sementara itu, pengarah urusan kumpulan Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, vaksin itu digunakan secara meluas dalam kalangan populasi muda berumur antara 12 dan 17 tahun di China.

"Sehingga kini tiada rekod mengenai sebarang maklumat risiko keselamatan mengenai AEFI berkaitan vaksinasi itu yang timbul.

"Vaksin berkenaan boleh didapati di beberapa hospital serta klinik swasta terpiih terpilih tidak lama lagi, sebagai pilihan kepada ibu bapa, dan menambah simptom termasuk pening serta mual, merupakan keadaan biasa," ujarnya.

Tambahnya, vaksin Sinovac dibangunkan menggunakan virus tidak aktif, yang merupakan teknologi cukup maju melebihi 40 tahun.

Jelasnya lagi, teknologi itu juga biasa digunakan dalam banyak jenis vaksin dalam pasaran, termasuk bagi penyakit polio, Hepatitis A dan rabies.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Ubat-ubatan (DCA) telah meluluskan penggunaan vaksin Sinovac Covid-19 bagi kanak-kanak dan remaja.

Jumaat lepas Dr Noor Hisham berkata vaksin Sinovac bagi remaja berumur 12 tahun dan ke atas adalah dibenarkan sebagaimana yang dipersetujui pada mesyuarat ke-36 DCA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pharmaniaga, vaksin, remaja, sinovac