74,000 banduan di Thailand dibenar keluar bekerja


  • Benua
  • Jumaat, 01 Okt 2021

BIDANG pertanian antara cabang pekerjaan yang ditawarkan kepada bekas banduan di Thailand bagi mengelak kembali melakukan jenayah. — Gambar hiasan/Agensi

BAGI mengurangkan kesesakan dalam penjara di Thailand, kira-kira 74,000 banduan diberi ‘lampu hijau’ untuk keluar bekerja.

Bagaimanapun, kesemua banduan yang mendapat kebenaran dipakaikan gelang elektronik bagi tujuan pemantauan.

Menteri Kehakiman, Somsak Thepsutin berkata, banduan yang dibenarkan adalah membabitkan kesalahan ringan dan banduan itu akan bekerja di taman perindustrian Jabatan Penjara Thailand.

“Seramai 16,000 daripada 74,00 akan dipilih untuk bekerja di estet dan mereka dijangka akan menerima bayaran 331 baht (RM44.70) sehari,” kata Thepsutin.

Buat masa ini Thailand dianggarkan memiliki kira-kira 280,000 hingga 300,000 banduan.

Thepsutin juga berkata, pihaknya juga akan mengambil tahu tentang bekas banduan bagi mengelak mereka kembali melakukan kesalahan.

Antara pendekatan yang diambil adalah mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian, astrologi di kawasan perindustrian malah sektor swasta juga akan membuka peluang kerja.

Pada Mei tahun ini, ribuan banduan di dua penjara utama Bangkok - Bangkok Remand Prison dan Central Women’s Correctional Institution dijangkiti Covid-19.

Media tempatan melaporkan sehingga kini lebih 10,000 kes Covid-19 dikesan di penjara di seluruh negara. – Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pertanian, banduan, thailand