AS tingkat sumbangan global vaksin Covid-19


  • Benua
  • Khamis, 23 Sep 2021

BIDEN memaklumkan keutamaan sumbangan vaksin kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana. — Reuters

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan negara itu akan menggandakan pembelian vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk disumbangkan ke seluruh dunia.

AS akan membeli 500 juta dos tambahan vaksin Pfizer-BioNTech untuk meningkatkan sumbangan vaksin kepada lebih 1.1 bilion dos sehingga 2022.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Biden dalam sidang berkenaan vaksin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Menurut laporan, Biden dikatakan menyokong cadangan untuk memberi vaksinasi kepada 70 peratus penduduk dunia.

"Untuk lawan Covid-19 di AS, kita perlu mengalahkannya di seluruh dunia. Saya berjanji dan akan menunaikan janji berkenaan.

"AS akan menyumbangkan vaksin, seperti kami menyebarkan demokrasi pada Perang Dunia Kedua. AS akan membeli 500 juta dos vaksin Pfizer untuk didermakan kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana.

"500 juta dos tambahan lagi akan diberikan pada 2022," ujarnya.

Setakat ini, sebanyak 160 juta diberikan oleh AS sudah diedarkan kepada lebih 100 negara termasuk satu juta dos untuk Malaysia pada Julai lalu. — AP

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Joe Biden, Pfizer, vaksin, sumbangan, AS