80 juta penduduk tolak vaksin: "Anda menyusahkan kami semua"


  • Benua
  • Jumaat, 10 Sep 2021

Pentadbiran Biden sebelum ini turut mengakui mempunyai kekangan untuk menguatkuasakan syarat vaksin nasional pada musim bunga lalu. — Agensi

PRESIDEN Amerika Syarikat Joe Biden menyuarakan kekecewaan terhadap sikap lebih 80 juta rakyat negara itu menolak imuniasasi yang diusahakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Malah beliau menyalahkan pihak tertentu kerana mempolitikkan isu pandemik dengan menolak mandat penggunaan pelitup muka dan memperlekehkan keberkesanan vaksin, sekali gus memanjangkan tempoh pandemik tersebut.

"Kami telah banyak bersabar tapi nampaknya kesabaran kami juga semakin terhakis.

"Tindakan anda yang menolak vaksin ini akan menyusahkan kita semua," katanya.

Biden pada ketika ini dilaporkan begitu bimbang akan situasi yang berlaku itu apatah lagi, kerajaan terpaksa menutup sesi persekolahan sekali lagi dan pemulihan ekonomi turut merosot akibat jumlah jangkitan yang semakin meningkat.

Pentadbiran Biden sebelum ini turut mengakui mempunyai kekangan untuk menguatkuasakan syarat vaksin nasional pada musim bunga lalu.

Bagaimanapun, sesetengah pihak beranggapan, kerajaan itu sepatutnya memberikan lebih banyak tekanan kepada mereka yang masih tidak divaksin.

Penganalisis berpendapat Biden perlu bertindak untuk lebih cepat bagi memastikan lebih ramai mendapatkan vaksin sebelum kedatangan cuaca sejuk yang akan mendorong orang ramai berada di dalam rumah sekali gus menyebabkan virus menyebar dengan lebih mudah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Joe Biden, Covid-19, vaksin, White House,