GARA-GARA diserang oleh sekumpulan monyet di bandar Kairana pada 9 September lalu, isteri kepada seorang pemimpin parti politik utama di India meninggal dunia.
Ketika kejadian, Sushma Devi, 54, telah dihantar ke sebuah hospital, namun dia akhirnya menemui ajal akibat kecederaan yang dialaminya.
Devi yang merupakan isteri kepada salah seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), Anil Kumar Cahuhan diserang oleh sekumpulan monyet ketika dia berada di bumbung rumahnya.
Berikutan serangan itu, dia melompat dari bumbung rumah kerana mahu menyelamatkan diri.
Devi mengalami kecederaan yang serius selepas terjatuh dari bumbung dan dia dihantar ke sebuah hospital swasta, tetapi doktor kemudian mengisytiharkannya telah meninggal dunia.
Penduduk tempatan turut mengadu berlaku serangan monyet ke atas kanak-kanak, wanita dan kaum lelaki hampir setiap hari di bandar itu. — Agensi
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI