6 tahanan Palestin mogok lapar tuntut kebebasan


  • Benua
  • Ahad, 29 Ogos 2021

PADA masa ini terdapat 540 orang Palestin yang ditahan dalam pentadbiran di Israel. — Agensi

SERAMAI enam tahanan Palestin di penjara Israel mengadakan mogok lapar, kata Hasan Abed Rabbo dari Suruhanjaya Hal Ehwal Tawanan.

Hasan berkata tahanan tanpa tuduhan atau perbicaraan itu mengadakan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.

Menurutnya, salah seorang tahanan, Kayed Fasfous dari Bandar Dora melakukan mogok lapar semalam 45 hari diikuti Miqdad Qawasmi dari Hebron melakukannya selama 12 hari dan seminggu bagi Raiq Bisharat dari Tubas, berumur 44 yang mengalami kecederaan di tangan akibat serangan tentera Israel.

Serangan rejim itu turut menyebabkan kematian isteri dan kecederaan pada anak lelaki Raiq.

Bagaimanapun, Kayed terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tahap kesihatannya merosot.

Kira-kira 40 tahanan Palestin melakukan mogok lapar sejak awal tahun ini bagi memprotes penahanan mereka yang kebanyakan telah berjaya dibebaskan selain tempoh hukuman penjara ditetapkan lebih awal.

Pada masa ini terdapat 540 orang Palestin yang ditahan dalam pentadbiran di Israel.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Palestin, mogok lapar, pembebasan