TENTERA Israel bertindak menggunakan gas pemedih mata serta peluru hidup dan getah ketika meleraikan penduduk Palestin yang mengadakan bantahan di Tebing Barat.
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi membantah tindakan rejim Zionis membina penempatan haram di tanah Palestin.
Rakyat Palestin mengadakan siri bantahan di beberapa lokasi di Tebing Barat termasuk di bandar Beita di Nablus dan Kafr Qaddum di Qalqilya.
Susulan tunjuk perasaan itu, tentera Israel bertindak ganas menggunakan senjata untuk menyuraikan penduduk Palestin yang menyertai bantahan.
Sekurang-kurangnya 13 cedera termasuk seorang sukarelawan kesihatan.
Pada Selasa, rejim Israel menembak mati seorang remaja Palestin di wilayah sama dengan tuduhan mangsa cuba menyerang kereta pendatang haram Yahudi. — Agensi