20,396 kes baharu Covid-19 direkodkan


  • Primer
  • Ahad, 05 Sep 2021

Selangor terus menunjukkan pertambahan kes iaitu sebanyak 3,886 kes.

BILANGAN kes baharu Covid-19 di negara hari ini kembali pada paras 20,000 apabila mencatatkan 20,396 kes berbanding 19,057 kes pada Sabtu.

Penambahan itu menjadikan 1,844,835 kes secara keseluruhan sehingga jam 12 tengah hari Ahad.

Bagaimanapun, Selangor terus menunjukkan pertambahan kes iaitu sebanyak 3,886 kes berbanding 3,775 kes semalam.

Sarawak turut mengalami situasi sama apabila mencatatkan 3,747 kes berbanding 2,723 kes semalam.

Jumlah kes tertinggi disusuli di Sabah iaitu sebanyak 2,136 kes, diikuti Pulau Pinang (1,961), Kedah (1,587), Kelantan (1,078) dan Perak (1,057).

Selain itu, Terengganu merekodkan 861 kes, Kuala Lumpur (597), Pahang (486), Melaka (459), Negeri Sembilan (269), Perlis (78), Putrajaya (25) dan Labuan (4).

Sementara itu, jumlah kes sembuh baharu merekodkan sebanyak 20,573 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 1,570,827 kes atau 85.1 peratus.

Hari ini negara turut mencatatkan sebanyak 336 kematian baharu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya 18,219 kes.

Manakala sebanyak 959 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 436 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid -19, kumulatif, kes baharu