18,547 kes baharu Covid-1, Sarawak catat kes tertinggi


  • Primer
  • Selasa, 07 Sep 2021

SARAWAK merekodkan 3,200 kes, tertinggi berbanding negeri lain

JUMLAH kes harian Covid-19 kembali meningkat apabila merekodkan 18,547 kes baharu untuk menjadikan 1,880,734 secara keseluruhan.

Daripada jumlah itu, 18,529 kes adalah membabitkan kes tempatan dan hanya 18 kes import dilaporkan.

Setakat ini, 252,002 kes masih aktif dengan 977 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 447 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Hari ini juga Malaysia menyaksikan 311 kematian, menjadikan keseluruhannya 18,802 kes.

Bagaimanapun, kadar kes sembuh melepasi angka kes baharu apabila mencatatkan 18,902 untuk menjadikan 1,609,930 kes sembuh direkodkan secara keseluruhan.

Mengikut pecahan kes baharu, Sarawak sekali lagi merekodkan kes tertinggi dengan 3,200 kes diikuti Selangor (2,407), Johor (2,174), Sabah (2,107), Pulau Pinang (1,776), Kedah (1,487), Kelantan (1,458) dan Perak (1,197).

Sementara itu, Pahang mencatatkan 742 kes, diikuti Terengganu (645), Kuala Lumpur (631), Melaka (448), Negeri Sembilan (229), Putrajaya (22), Perlis (20), Labuan (4). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid, kkm, kes harian