Angka harian Covid-19 merudum, rekod 17,352 kes baharu


  • Primer
  • Isnin, 06 Sep 2021

SARAWAK muncul negeri terbaharu dengan jangkitan harian tertinggi pada Isnin iaitu 3,714 kes. — The Star

SEBANYAK 17,352 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,862,187 kes setakat ini.

Angka itu menurun berbanding 20,396 kes pada Ahad dan 19,057 kes pada Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sarawak merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,714 kes diikuti Selangor (2,126), Johor (2,101) dan Sabah (1,844).

Kedah pula merekodkan 1,599 kes, Pulau Pinang (1,558) dan Kelantan (1,213).

Negeri-negeri lain yang merekodkan kes bawah 1,000 adalah Terengganu dengan 700 kes, diikuti Pahang (463), Kuala Lumpur (398), Melaka (295), Negeri Sembilan (193), Perlis (38), Putrajaya (23) manakala Labuan merekodkan lima kes.

KKM berkata, terdapat pertambahan 272 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 18,491 kes.

Sebanyak 20,201 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,591,028 kes.

Sehingga kini, terdapat 975 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) 435 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid-19, KKM, kes baharu