China muncul penyumbang vaksin terbesar dunia


  • Benua
  • Ahad, 05 Sep 2021

CHINA menyumbangkan 990 juta dos kepada beberapa negara, muncul penyumbang vaksin terbesar di peringkat global

CHINA muncul penyumbang vaksin terbesar di peringkat global dan terbaharu menyumbangkan 990 juta dos kepada beberapa negara.

Ketika ini, negara yang mula-mula mencetuskan pandemik Covid-19 itu sudah pun menyumbangkan bantuan vaksin ke 105 buah negara, empat pertubuhan antarabangsa.

Selain itu, China juga turut mengeksport ke lebih 60 buah negara.

Naib Ketua Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa china, Deng Boqing berkata, China sudah pun melaksanakan bantuan kemanusiaan terbanyak sejak negara itu ditubuhkan.

China juga menghulurkan sumbangan bahan keperluan pencegahan dan kawalan penyakit ke 150 buah negara, 13 pertubuhan antarabangsa.

Selain itu, 37 kumpulan pakar perubatan turut dihantar ke 45 buah negara serta mengadakan hampir 1,000 sesi perkongsian maklumat secara maya.

Boqing berkata, China komited bergabung tenaga dengan negara Asean dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Setakat ini, China sudah pun memberikan sejumlah besar bantuan vaksin dan bahan keperluan melawan wabak kepada sepuluh negara Asean serta menghantar kumpulan pakar ke Laos, Kemboja, Filipina, Myanmar dan Malaysia.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

china, vaksin, Covid-19, sumbangan, dunia, Asean