Korea Utara tolak hampir 3 juta dos vaksin Sinovac


  • Benua
  • Jumaat, 03 Sep 2021

KOREA Utara menolak hampir tiga juga dos vaksin Sinovac yang ditawarkan kepada republik itu. — Reuters

KOREA Utara menolak hampir tiga juta dos vaksin buatan China, Sinovac Biotech dan meminta ia dihantar ke negara yang lebih memerlukan dalam mendepani Covid-19, kata Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).

UNICEF menyelaraskan penghantaran vaksin di bawah program COVAX yang disokong oleh PBB, dengan fungsi untuk memastikan negara-negara miskin tidak ketinggalan dalam program vaksinasi Covid-19.

"Kementerian Kesihatan Umum Korea Utara memberitahu sebanyak 2.97 juta dos yang ditawarkan kepada kepada mereka oleh COVAX mungkin dipindahkan ke negara-negara yang terjejas teruk memandangkan bekalan global vaksin Covid-19 yang terhad," kata jurucakap UNICEF pada Selasa.

Tambah jurucakap itu lagi, MPOH akan terus berhubung dengan kemudahan COVAX untuk menerima vaksin Covid-19 dalam beberapa bulan akan datang.

Awal tahun ini, program COVAX merancang untuk menghantar hampir lebih juta dos vaksin AstraZeneca ke Korea Utara.

Bagaimanapun, Pyongyang menolak bekalan vaksin itu pada bulan Julai kerana kebimbangan terhadap kes darah beku dalam kalangan penerima vaksin.

Selain itu, Korea Utara dikatakan ragu-ragu terhadap vaksin buatan China itu, kata Institut Strategi Keamanan Nasional (INSS) kepada Yonhap News.

Badan pemikir Korea Selatan itu mengatakan Korea Utara lebih suka vaksin Sputnik V Rusia tetapi mahu ia diberikan secara percuma. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

COVAX, MOPH, DPRK, INSS, UNICEF, Sonovac, Covid-19