Indonesia siasat kes data bocor aplikasi Covid-19


  • Benua
  • Rabu, 01 Sep 2021

SISTEM eHAC merupakan sebahagian daripada aplikasi Peduli Lindungi, yang diperkenalkan pihak kerajaan Indonesia untuk pelbagai tujuan pengesanan. — Agensi

INDONESIA menyiasat kemungkinan terdapat kelemahan keselamatan dalam aplikasi uji-dan-kesan Covid-19 yang menyebabkan kebocoran data peribadi serta status kesihatan 1.3 pengguna, kata seorang pegawai kementerian kesihatan pada Selasa.

Pengkaji dari vpnMentor berkata, maklumat peribadi di dalam aplikasi 'Indonesia Health Alert Card' (eHAC), yang sering digunakan oleh pelancong, adalah mudah diakses berikutan kelemahan protokol yang dilaksanakan oleh pembangun aplikasi ini.

Pegawai kementerian kesihatan, Anas Ma'ruf berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan terdapat kebocoran maklumat menerusi aplikasi itu biarpun ia adalah aplikasi versi lama yang tidak lagi digunakan sejak Julai lalu.

"Aplikasi eHAC versi lama adalah berbeza dengan sistem eHAC yang baharu. Sekarang siasatan terhadap terhadap kelemahan apliasi yang pertam itu sedang dijalankan," katanya.

Sistem eHAC merupakan sebahagian daripada aplikasi Peduli Lindungi, yang diperkenalkan pihak kerajaan untuk pelbagai tujuan pengesanan.

Pada masa sama, Anas menggesa orang ramai memadam eHAC versi pertama dan mendakwa menggunakan aplikasi terkini terjamin keselamatannya.

Pakar pembangunan aplikasi berpendapat, kelemahan yang berlaku itu menunjukkan bahawa prasarana keselamatan siber Indonesia adalah pada tahap yang lemah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram