CHINA bakal memperluaskan pengaruhnya di Asia Tengah menerusi kerjasama negara itu dengan Afghanistan.
Ini kerana inisiatif infrastruktur China dikenali sebagai Jalan Sutera Baharu, bertujuan memperluaskan pengaruh globalnya dengan membuka laluan perdagangan, dipandang tinggi oleh kumpulan Taliban.
Taliban baru-baru ini berjaya menjatuhkan pemerintahan bekas Presiden, Ashraf Ghani dan menguasai Afghanistan selepas Amerika Syarikat (AS) mengundurkan tenteranya dari negara itu.
Menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, China merupakan rakan kerjasama mereka yang paling penting kerana Beijing bersedia memberi pelaburan untuk membangunkan semula Afghanistan.
"Kami akan bergantung sepenuhnya pelaburan dari China susulan pengunduran tentera asing dari negara ini dan pengambilalihan kuasa daripada kami.
"Kami akan berjuang untuk memulihkan ekonomi dengan bantuan China," katanya dalam temubual bersama agensi media Itali, La Repubblica pada Khamis.
Tambah Zabihullah, China merupakan laluan mereka kepada pasaran dunia.
Berikutan pengunduran tentera asing dari lapangan terbang Kabul baru-baru ini, negara-negara Barat telah menyekat bantuan dana mereka kepada Afghanistan.
Malahan, Taliban tidak akan mendapat akses segera kepada aset negara bernilai AS$10 bilion (RM41.52 bilion) yang kebanyakannya disimpan di luar negara oleh bank pusat Afghanistan.
Kerjasama antara Taliban dan China itu dikhuatiri akan mengulangi kesilapan yang sama dilakukan Sri Lanka apabila negara pulau itu terpaksa mengorbankan pelabuhannya kepada Beijing kerana gagal membayar hutang kepada republik itu.
Terdahulu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran tentang 'bencana kemanusiaan' di Afghanistan dan menggesa negara-negara lain untuk memberikan dana kecemasan ke negara tersebut.
"Kanak-kanak, wanita dan lelaki Afghanistan memerlukan sokongan dan solidariti komuniti antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa.
Afghanistan ketika ini dilanda kemarau teruk dan peperangan sehingga memaksa ribuan keluarga meninggalkan rumah mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram