Taliban tahan 2 pengganas Daesh disyaki rakyat Malaysia


  • Benua
  • Sabtu, 28 Ogos 2021

ANGGOTA Taliban berkawal di kawasan lapangan terbang Kabul susulan serangan pengebom bunuh diri didalangi pengganas Daesh. — Reuters
TALIBAN menahan dua pengganas Daesh yang dipercayai rakyat Malaysia.

Kedua-dua pengganas itu antara enam anggota kumpulan tersebut yang ditahan di Kabul.

Akhbar Britain The Times melaporkan Taliban bertempur dengan kumpulan pengganas Daesh itu yang beroperasi di selatan dan tengah Asia.

"Empat daripadanya rakyat Afghanistan dan dua lagi dipercayai rakyat Malaysia," kata ketua jabatan siasatan jenayah Taliban Saifullah Mohammed.

"Mereka tidak kuat seperti yang mereka sangka.

"Kami baru mengalahkan tentera daripada 36 negara dari Nato, jadi kami boleh menangkap dan membunuh Daesh jika bertemu mereka."

Laporan itu juga menyebut, kesemua yang ditahan menyerah diri selepas bertempur selama beberapa jam sejurus serangan pengebom bunuh diri di lapangan terbang Kabul.

Serangan itu menyebabkan 200 terbunuh termasuk askar Amerika Syarikat dan Britain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Taliban, rakyat Malaysia, Daesh, ISIS