SETIAP tahun, bumi kita semakin 'tenat' akibat kerakusan manusia dan sikap acuh tak acuh orang ramai dalam penjagaan alam sekitar.
Sedar atau tidak, sama ada kecil atau besar, kita juga turut menyumbang kepada kepada kerosakan yang belaku di bumi ini.
Menurut saintis iklim, Angela Terry, industri pembuatan kasut adalah penyumbang terbesar pelepasan gas rumah hijau di belakang industri penerbangan dan perkapalan.
Katanya, industri berkenaan bertanggungjawab terhadap 1.4 peratus pelepasan gas rumah hijau global, manakala indsutri penerbangan sebanyak 2.5 peratus.
"Terdapat 25 bilion pasang kasut lari yang dihasilkan setiap tahun, jumlah yang cukup untuk mengelilingi bumi sebanyak 300 kali. Kebanyakannya dibuat dari plastik yang tidak boleh dikitar semula," jelas beliau.
Katanya, setiap kasut mempunyai 63 komponen yang berbeza daripada bahagian tapak kaki, tali, panel sisi, dan juga proses pemasangan dan setiap komponen dihasilkan oleh 63 kilang yang berlainan di negara-negara Asia yang berjauhan
Jelasnya, kebanyakan komponen tersebut dibuat dari bahan poliuretana, nilon atau lateks, dengan menggunakan bahan bakar fosil.
"Semua ini dibawa ke satu tempat untuk dipasang, bererti lebih banyak pelepasan gas yang berlaku. Bahan-bahan itu kemudiannya dibentuk, dijahit dan dilekatkan. Semua ini menggunakan bahan kimia yang menyebabkan pencemaran," jelasnya.
Jenama sukan terkemuka Amerika Syarikat, Nike mencatatkan lonjakan keuntungan sebanyak 196 peratus pada suku pertama 2021, melebihi jualan pra-wabak sebanyak 42 peratus. Dua pertiga daripada keuntungan adalah daripada penjualan kasut.
Menurut statistik, rakyat Amerika Syarikat adalah pengguna kasut sukan terbanyak di dunia, diikuti China dan Britain. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram