Australia bawa keluar lebih 50 pemain bola wanita, atlet Afghanistan


  • Podium
  • Rabu, 25 Ogos 2021

KERAJAAN Australia membawa keluar lebih 50 pemain bola sepak wanita dan atlet Afghanistan termasuk pewaris mereka susulan rayuan Fifa dan Fitpro.

Usaha itu dilakukan selepas atlet Afghanistan menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan mereka susulan ibu negara itu dikuasai semula oleh Taliban.

Perkembangan politik di Afghanistan menarik perhatian dunia apabila insiden kematian sejumlah rakyat yang terjatuh dari kapal terbang apabila cuba melarikan diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul.

Malah masih ramai atlet wanita juga terpaksa menyembunyikan diri kerana bimbang dihukum oleh Taliban.

Bekas kapten bola sepak wanita Afghanistan Khalida Popal menyifatkan tindakan Australia membawa keluar atlet wanita negara itu sebagai 'satu kemenangan besar'.

Namun dia memberi amaran bahawa banyak usaha perlu dilakukan menyelamatkan lebih ramai atlet yang nasib mereka masih belum diketahui.

Minggu lalu, badan bola sepak dunia Fifa menyokong gesaan Fitpro, sebuah pertubuhan antarabangsa pemain bola sepak untuk meminta bantua kerajaan di seluruh dunia membantu atlet di Afghanistan.

Fitpro dalam kenyataannya memuji tindakan Australia membantu atlet di Afghanistan walaupun masih banyak kerja perlu dilakukan untuk memastikan atlet yang diselamatkan itu menyesuaikan diri di luar negara. – AGENSI

Afghanistan, Khalida Popal