SEKURANG-KURANGNYA 18 rakyat Palestin cedera ketika tunjuk perasaan di pagar dekat timur Kota Jabalia, Gaza, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Difahamkan, tunjuk perasaan dilakukan bagi membantah membantah sekatan di Gaza dilakukan oleh rejim pengganas Israel.
Ketika kejadian pada Ahad lalu, kementerian itu berkata, salah seorang penduduk Palestin yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Kamal Adwan bagi mendapatkan rawatan.
Sementara itu, mangsa yang lain mengalami luka di beberapa anggota badan, manakala terdapat juga yang mengalami sesak nafas akibat gas beracun yang dilepaskan oleh rejim pengganas Israel.
Sehingga kini, lebih dua juta penduduk Palestin tinggal di Gaza yang dikepung. Mereka menderita keadaan hidup yang sangat teruk akibat sekatan berterusan Israel sejak tahun 2006. – Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram