Phil kongsi kisah jadi gelandangan di Melbourne


  • Benua
  • Sabtu, 28 Ogos 2021

PHIL menghabiskan hidupnya sebagai gelandangan di Melbourne, Australia. — AGENSI

BAGI sesetengah individu, tidur di tandas awam atau di bangku taman dianggap sebagai nasib baik.

Perkara itu seperti dialami oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Phil, 50, kerana dia hanya menghabiskan hidupnya tinggal di jalanan di Melbourne.

“Saya adalah antara yang bernasib baik kerana tidak pernah dirompak atau diserang.

“Ia sangat menakutkan. Anda tidak tahu siapa di luar sana. Anda tidak tahu jika anda bakal menerima ancaman bunuh, dirompak mahupun dipukul. Yang penting anda mesti berjaga-jaga,” katanya.

Selain khuatir dengan ancaman dirompak atau diserang, Phil berkata, permukaan tempat tidurnya sangat tidak selesa, ditambah pula beliau tidak memiliki wang.

Dia juga berisiko untuk mendapat pelbagai penyakit akibat cuaca sejuk seperti selesema dan radang paru-paru.

Katanya, dia tidak memiliki selimut atau pakaian lain ketika tidur di jalanan.

Bagi kebanyakan penduduk bandar, perintah berkurung yang dikuatkuasakan selama berbulan-bulan itu adalah suatu cabaran besar.

Ketika pelaksanaan perintah itu, Phil menghabiskan masanya dengan menonton perlawanan gusti di televisyen.

Kini, dia bekerja untuk majalah Big Issue, yang mengumpulkan dana bagi orang-orang terpinggir dan kehilangan tempat tinggal.

Melbourne dikenali sebagai satu daripada bandar paling 'hidup" di dunia, yang mana terdapat banyak restoran dan bar, tuan rumah bagi acara sukan antarabangsa serta tempat bagi industri seni dan muzik yang berkembang pesat.

Tetapi, menurut bancian kali terakhir yang dilakukan pada 2016 merekodkan bahawa hampir 25,000 orang telah kehilangan tempat tinggal di negeri Victoria dan Melbourne. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

gelandangan, Australia, Melbourne, Phil