Roller coaster ditutup angkara empat pengunjung patah tulang


  • Benua
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

Do-Dodonpa merupakan salah satu tarikan di taman tema Fuji-Q Highland yang terletak di wilayah Fujiyoshida, berhampiran Gunung Fuji. — Agensi

ROLLER coaster terpantas di dunia telah diarahkan untuk ditutup selepas menyebabkan empat orang pengunjung dilaporkan mengalami patah tulang sewaktu menaikinya baru-baru ini.

Roller coaster yang dikenali sebagai Do-Dodonpa merupakan salah satu tarikan di taman tema Fuji-Q Highland yang terletak di wilayah Fujiyoshida, berhampiran Gunung Fuji, Jepun.

Menurut pengurusan taman tema itu, ia boleh memecut dari sifar ke 180 kilometer sejam hanya dalam masa 1.5 ke 6 saat.

Ia mempunyai saiz diameter seluas 130 kaki.

Permainan roller-coaster itu bagaimanapun telah ditutup selepas sekurang-kurangnya empat penumpang patah tulang sejak Disember tahun lalu.

Laporan tempatan turut mendedahkan ada sembilan penumpang lain yang mengalami kecederaan lain selepas menggunakan permainan tersebut.

Fuji-Q Highland sebelum ini menjadi tumpuan selepas pengunjung yang menaiki roller-coaster diminta menjerit di dalam hati bagi mengelak penyebaran Covid-19. Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram