SUSULAN peningkatan kes dan penularan varian Delta di New Zealand, kerajaan negara itu telah melanjutkan pelaksanaan perintah berkurung (lockdown) selama empat hari lagi bagi meredakan peningkatan jangkitan.
Lanjutan ini juga akan terus melumpuhkan kota terbesar Auckland apabila perniagaan dan sekolah masih ditutup untuk jangka masa yang lebih lama.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebelum ini mengarahkan pelaksanaan perintah berkurung susulan penularan varian Delta yang melonjakkan kembali kadar jangkitan wabak Covid-19 di negara itu.
Katanya, kadar jangkitan sudah hampir mencecah 350 orang dan ia mungkin sudah sampai ke kemuncak.
"Mungkin pada peringkat awal ini kadar jangkitan belum berada pada tahap yang tertinggi setakat ini namun, langkah berhati-hati masih perlu diambil.
Kebanyakan negeri di negara itu akan beralih kepada sekatan tahap 3 mulai hari, 1 September depan kecuali Auckland dan Northland yang merupakan wilayah paling utara di negara itu.
Ini bermaksud perniagaan hanya boleh beroperasi untuk pesanan dalam talian dan perkhidmatan tanpa sentuhan. Bar serta restoran tetap ditutup kepada orang ramai (dine-in) kecuali untuk bungkus dan bawa pulang. Tempat awam juga ditutup, sementara jumlah orang di majlis perkahwinan dan pengebumian adalah terhad kepada 10 orang.
Jelas Ardern lagi, orang ramai mungkin dapat memesan makanan, tetapi mereka belum lagi boleh bergerak bebas seperti biasa.
Sementara itu, hampir dua juta orang yang menetap di Auckland dan Northland akan tetap menjalani sekatan tahap 4 yang mungkin akan berlarutan untuk dua minggu lagi.
Sebanyak 70 kes baharu Covid-19 dilaporkan di New Zealand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat menjadi 347 kes.— Agensi