Pernah jadi kubu kuat MCA, kreativiti muka baharu dan tradisi bakal pecah antara trivia menarik PRK Kuala Kubu Bharu


  • Politik
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Hari pengundian PRK DUN Kuala Kubu Bharu akan berlangsung pada 11 Mei depan. — Gambar hiasan

PADA 11 Mei depan, negara bakal menyaksikan berlakunya satu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di kerusi Kuala Kubu Bharu.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Untuk rekod, Kee Hiong dari DAP berjaya memenangi kerusi tersebut buat penggal ketiga berturut-turut sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Bharu akan berlangsung pada 27 April depan.

Pada PRU15, Kee Hiong memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,119 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

2603867

Mendiang, Lee Kee Hiong.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.

Berikut merupakan tiga trivia politik menarik mengenai DUN Kuala Kubu Bharu:

1. Kerusi tradisi MCA

Sebelum jatuh ke tangan DAP pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU13) pada 2018, kerusi secara umumnya merupakan kerusi tradisi bagi MCA yang berada di bawah Barisan Nasional (BN) sejak ia pertama kali dipertandingkan pada 1974.

Daripada sembilan PRU yang diadakan sebelum 2018, parti itu berjaya memenangi lapan daripadanya.

Dalam tempoh tersebut, MCA hanya pernah terlepas sekali daripada menguasai DUN berkenaan, iaitu pada pilihan raya yang diadakan pada 1978.

Ketika PRU tahun tersebut, MCA tidak meletakkan calon sekali gus memberi peluang kepada parti lawan itu bagi menewaskan calon Bebas.

Sementara itu, daripada lima pemimpin MCA yang pernah menduduki kerusi berkenaan, seorang daripada mereka iaitu Ch'ng Toh Eng juga pernah menjadi Adun di kawasan ini selama tiga penggal berturut-turut iaitu bermula dari 1995 hingga 2004.

2. Demografi

BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi

Kuala-Kubu-Bharu-Tourism-Selangor-Middle-Road

Kuala Kubu Bharu mengalami perubahan demografi yang menyaksikan ia kini menjadi kerusi majoriti pengundi Melayu. — Gambar Hiasan/Travel.selangor

BACA LAGI: Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak

Pada waktu ini, demografi bagi DUN ini terdiri daripada pengundi Melayu yang merangkumi 46.4 peratus; Cina (30.7 peratus), India (18 peratus) dan lain-lain (5 peratus).

Pecahan tersebut menjadikan kawasan ini sebagai kerusi majoriti Melayu.

Bagaimanapun, gabungan peratusan pengundi bukan Melayu turut membawa jumlah cukup signifikan dalam menentukan keputusan.

3. Parti bertanding dijangka pertaruh calon Melayu

Dengan mengambil kira demografi semasa pengundi di DUN ini, parti bertanding dijangka membuat perubahan strategi apabila masing-masing dilaporkan bakal meletakkan calon pemimpin Melayu bagi bersaing merebut kawasan itu.

Keputusan tersebut pastinyaakan mencipta sejarah baharu kerana sejak kali pertama dipertandingkan sehingga PRU lalu, kerusi berkenaan tidak pernah disandang oleh pemimpin selain daripada kaum Cina.

Malah boleh dikatakan, dalam tempoh tersebut, adalah agak jarang untuk melihat parti bertanding mempertaruhkan calon selain daripada pemimpin Cina terutamanya Melayu.

Hanya terdapat dua calon Melayu yang pernah bersaing bagi merebut kerusi berkenaan iaitu Mohamed Arif Kamarudinm mewakili SDP pada PRU 1986 dan Naharudin Abdul Rashid daripada PAS pada PRU 2018.

DAP yang kini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dilaporkan bakal mempertaruhkan calon wanita Melayu.

Menerusi laporan FMT yang memetik sumber parti pada Rabu, antara nama yang dicanang ialah Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Saripah Bakar.

Sementara itu, blok utama pembangkang (Perikatan Nasional) dilaporan sedang meneliti untuk meletakkan calon Melayu bagi bersaing merebut kerusi tersebut.

Malah, parti komponennya, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) pada Jumaat mengumumkan pihaknya menamakan seorang calon Melayu daripada tiga nama yang dikemukakan untuk dipertimbang oleh PN. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram