[VIDEO] Hilang 4 hari lepas keluar pergi bazar, mayat Subakir ditemukan 3km dari motosikal


  • Tular
  • Khamis, 28 Mac 2024

Motosikal dinaiki Subakir (kiri) dijumpai orang awam pada Selasa di dalam parit berdekatan Kampung Sejagong, Sri Medan, Batu Pahat, Johor.

MISTERI kehilangan lelaki warga emas sejak Isnin lalu selepas dipercayai keluar untuk ke bazar Ramadan akhirnya terjawab selepas mayat ditemui di Kampung Sejagong, Sri Medan, Batu Pahat pada pagi Khamis.

Mayat Subakir Latipan, 80 itu dijumpai kira-kira tiga kilometer (km) dari tempat motosikalnya ditemui penduduk kampung semasa hari kedua pencarian pada Selasa.

Berita tersebut turut disahkan anaknya, Hazli, menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.

"Ayah saya dah ditemukan di tempat berdekatan dengan tempat dia jatuh motor beberapa km daripada di situ dan sudah pun meninggal dunia. Jenazah ditemukan pagi tadi dalam pukul 9 pagi," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak pulang lepas pergi bazar, anak risau ayah masih hilang, motor saja jumpa dalam parit di Batu Pahat

BACA LAGI: Ramai tak beli baju raya, netizen kongsi kisah sedih persiapan ala kadar Aidilfitri

Dilaporkan, mayat arwah ditemui oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi dan menyelamat.

Subakir sebelum ini dilaporkan hilang selepas dia dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Parit Haji Yusof, Yong Peng untuk ke bazar Ramadan di Parit Yaani pada petang Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram