[VIDEO] Momen terakhir pengantin perempuan, hanya mampu pegang erat tangan abang sebelum helikopter terhempas masih undang sebak


  • Benua
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Tangkap layar video memaparkan Rosemere (kiri) dan abangnya cemas selepas helikopter berkenaan mengeluarkan bunyi penggera amaran ketika mereka sedang dalam perjalanan menuju ke venue majlis perkahwinan. — Agensi

SETIAP bakal pasangan pengantin pastinya mempunyai rancangan yang tersendiri mengenai bagaimana untuk meraikan majlis perkahwinan mereka dengan cara yang terbaik.

Ini kerana adalah menjadi satu impian buat semua pengantin agar majlis yang diadakan itu menjadi pengalaman terbaik dan sesuatu yang tidak boleh dilupakan sepanjang hidup.

Bagaimanapun, hasrat seorang pengantin perempuan di Brazil untuk memenuhi impian waktu kecilnya tiba di pelamin dan mengejutkan pasangannya dengan menaiki helikopter tidak kesampaian selepas dia maut dalam nahas pesawat berkenaan.

Dalam kejadian sekitar Disember 2016 itu, mangsa, Rosemere do Nascimento Silva meninggal dunia bersama tiga lagi individu berada di dalam helikopter tersebut iaitu juruterbang, Peterson Pinheiro; abangnya, Silvano dan seorang jurugambar perkahwinan yang sedang hamil enam bulan, Nayla Cristina Neves Lousada.

Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di sebuah kawasan hutan terletak tidak jauh dari lokasi yang sepatutnya ia mendarat, iaitu di venue majlis perkahwinannya.

BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi

WhatsApp Image 2024-04-20 at 12.01.57 PM

Foto memaparkan Rosemere bersama tunangnya, Udirly. — Agensi

Perjalanan tersebut sepatutnya hanya memakan masa 15 minit.

Difahamkan, ketika insiden, pengantin lelaki, Udirly Narques, 34, yang tidak mengetahui mengenai kejutan terbabit sedang menunggu ketibaan pengantin perempuan bersama 300 tetamu jemputan di tempat acara itu di sebuah kawasan perumahan mewah pinggir bandar Sao Paulo.

Rosemere, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian dengan pakaian gaun pengantinnya berwarna putih.

Lebih menyayat hati, berita mengenai kemalangan tersebut disampaikan kepada pengantin lelaki ketika dia sedang berada di atas pelamin bersama paderi yang bersedia menyatukan pasangan berkenaan.

Sementara itu, rakaman detik-detik akhir dari dalam helikopter berkenaan sebelum kemalangan tersebut turut didedahkan sebagai sebahagian daripada siasatan nahas tersebut.

Klip tersebut memaparkan Rosemere duduk di sebelah abangnya di bahagian penumpang belakang manakala jurugambar pula duduk di kerusi penumpang sebelah juruterbang.

BACA LAGI: Kapal maritim terbakar, hanyut sebelum diselamatkan MPA Singapura

WhatsApp Image 2024-04-20 at 12.01.03 PM

Foto memaparkan lokasi nahas helikopter berkenaan terhempas. — Agensi

Menurut Kolonel Aeronautik, Luís Lupoli, video berkenaan mendedahkan mengenai kemungkinan kesilapan dilakukan juruterbang Peterson Pinheiro pada saat-saat akhir penerbangan.

Dalam klip itu, pengantin perempuan cantik terbabit kelihatan gembira dan teruja sambil melihat ke luar tingkap helikopter.

Namun, helikopter berkenaan secara tiba-tiba mengeluarkan bunyi penggera amaran menyebabkan penumpang mula panik.

Pada masa sama, Rosemere mula ketakutan dilihat hanya mampu memegang erat tangan abangnya yang turut cuba menenangkannya.

Kamera berkenaan tetap meneruskan rakaman selepas helikopter terbabit terhempas, namun memaparkan imej yang sudah rosak.

Difahamkan, nahas tersebut berpunca akibat cuaca buruk dan kabus tebal di kawasan tersebut sehingga menyebabkan juruterbang hilang kawalan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram