Anak mestilah rindu, hari-hari datang — Isteri Faisal Halim


  • Podium
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Syazwani (kiri) memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya, Faisal. — Instagram/faisalhalim.7

"ANAK mestilah rindu."

Demikian luahan ringkas isteri kepada Faisal Halim, Nur Syazwani Mizuana Shahril yang berkongsi bahawa anak lelaki penyerang sayap kebangsaan itu iaitu Khalish Aryan merindui ayahnya yang sehingga kini masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor.

Nur Syazwani turut menceritakan bahawa hampir setiap hari dia akan turun ke hospital untuk menemani suaminya sejak pemain itu dimasukkan ke pusat perubatan pada Ahad lalu akibat kejadian simbah asid menimpa dirinya.

BACA LAGI: Red Giants mencarum secara teratur, Faisal Halim layak terima rawatan hingga sembuh — PERKESO

BACA LAGI: Lagi suspek ditahan, tangan kiri Faisal Halim tiada reaksi, percakapan terbatas

"Anak mestilah rindu. Cuma doakan keadaan Faisal. Almost hari-hari juga datang (hospital)," katanya ringkas ketika ditemui Majoriti.

Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah dengan asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli belah dekat Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Perkembangan terbaharu mengenai pemain Selangor FC itu apabila dilaporkan dia sudah mengharungi tiga pembedahan untuk merawat luka lecuran tahap empat yang dialaminya susulan kejadian berkenaan.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Hazwan Khair berkata, Faisal sudah memasuki fasa baharu apabila menunjukkan perkembangan positif dan ia turut menyaksikan penyerang itu akan menerima rawatan lebih rapi berbanding sebelum ini.

WhatsApp Image 2024-05-10 at 11.42.19

Untuk rekod, Faisal mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 2019. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Khalish Aryan. — Instagram/faisalhalim.7

"Selepas pembedahan kedua, kita boleh nampak proses penyembuhan seperti mana dirancang dan kami amat berpuas hati. Pakar bedah juga gembira dengan progres ditunjukkan Faisal.

"Jadi, buat sementara waktu ini, kita boleh kata sudah memasuki fasa pemulihan baharu yang boleh dilabel sebagai rekronstruktif," katanya.

Tambahnya, protokol perubatan buat pemain berusia 26 tahun itu akan menjadi lebih ketat selain pihak hospital akan mengehadkan sebarang pendedahan dari luar.

Jelas Hazwan lagi, terdapat kemungkinan rawatan 'skin allograft' yang dibawa masuk dari Belgium akan tiba pada minggu ini dengan perancangan sudah dibuat pihak perubatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram