PRK KKB : 5 laluan ditutup bermula pukul 3 petang Sabtu


  • Politik
  • Jumaat, 10 Mei 2024

Lima laluan di kawasan sekitar Kuala Kubu Bharu, Selangor ditutup sempena hari mengundi PRK pada Sabtu. — Gambar hiasan

SEBANYAK lima laluan di sekitar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor (KKB) akan ditutup sempena hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, penutupan sementara itu akan bermula pada pukul 3 petang sehingga selesai.

Penutupan dan lencongan adalah membabitkan Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.

BACA LAGI : Potensi undi protes, kelibat Azmin termasuk 4 petunjuk sukarnya menang PRK KKB

BACA LAGI : Jadikan PRK Kuala Kubu Bharu referendum rakyat, Muda-PSM umum tidak bertanding

msg1050426791-31788

Empat calon yang bertanding dalam PRK itu.

"Laluan alternatif yang boleh dilalui adalah Jalan Kubu, Jalan Dato Tabal, Jalan Rasathurai, Jalan Dato Balai, Jalan Syed Masyor dan Jalan Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Susulan itu, beliau mengingatkan penduduk supaya mematuhi arahan bagi melancarkan aliran trafik.

Untuk rekod, pusat penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.

PRK itu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu sebagai hari pengundian bagi PRK berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram