MAJLIS Peguam Malaysia bersama Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di depan Mahkamah Kehakiman bagi mempertahankan badan kehakiman di Putrajaya pada Isnin.
Barisan peguam hari ini berarak dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri, kira-kira 2.5km bagi menyerahkan memorandum empat tuntutan iaitu pengisian kekosongan jawatan kehakiman tertinggi, pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan campur tangan kehakiman dan menangani kekosongan kehakiman secara menyeluruh. — Majoriti
TONTON LAGI: https://majoriti.com.my/video
SUBSCRIBE: https://short-link.me/172ih
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram