Hasnah galas tugas pemangku Ketua Hakim Negara selepas disambung perkhidmatan


  • Video
  • Khamis, 03 Jul 2025

HAKIM Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan kuasa dan tugas jawatan Ketua Hakim Negara termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan sehingga jawatan itu diisi.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini berkata, kuasa itu selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Seksyen 9(1) (b) dan Seksyen 9 (3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

Hasnah yang bersara wajib pada usia 66 pada 15 Mei lalu disambung perkhidmatannya selama enam bulan hingga 14 November ini. — Majoriti

TONTON LAGI: https://majoriti.com.my/video

SUBSCRIBE: https://tinyurl.com/37ama65y

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram



Video Selebihnya

Semua
Berita
Relaks
Duduk Sembang
PSA