Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membeku tujuh hartanah dan satu akaun bank milik isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid adalah bagi mengelakkan ia dilupuskan ketika siasatan sedang dijalankan.
Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada tindakan awal dilakukan suruhanjaya itu bagi melaksanakan siasatan lanjut.