Pearly-Thinaah tewas tipis tapi semangat juang dapat tabik hormat penyokong


  • Podium
  • Ahad, 31 Ogos 2025

Reaksi Pearly-Thinaah di pentas final acara beregu wanita Kejohanan Badminton Dunia. — Reuters

SEMANGAT juang tinggi dipamerkan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meskipun terpaksa akur tewas tipis kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Adidas Arena, Paris, Perancis pada Ahad.

Dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 22 minit, Pearly-Thinaah tewas 14-21, 22-20, 17-21 namun tetap mencuri perhatian peminat apabila mempamerkan corak permainan bertenaga. 

Pasangan beregu wanita pertama negara itu tidak mudah menyerah kalah, bangkit dengan penuh semangat untuk merampas set kedua 22-20 selepas ditewaskan 14-21 pada set pembukaan.

BACA LAGI: Coach Rexy Mainaky pesan selalu tarik nafas, jangan ‘overthinking’ — Tang Jie-Ee Wei

BACA LAGI: Pearly-Thinaah cipta sejarah paling bermakna buat Malaysia sempena bulan Kebangsaan

Bagaimanapun, usaha mereka untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan tidak kesampaian apabila Sheng Shu-Tan Ning kembali menguasai permainan di set penentuan sebelum mengesahkan kemenangan.

Walaupun tewas, Pearly-Thinaah tetap mendapat pujian kerana memperlihatkan daya juang tinggi hingga ke mata terakhir, sekali gus membuktikan mereka mampu bersaing dengan beregu handalan dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram