Hamidin sebagai Presiden Kehormat, FAM tegaskan tiada penindihan kuasa — Joehari Ayub


  • Podium
  • Isnin, 30 Jun 2025

Kehadiran Hamidin sudah tentu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pelantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Kehormat badan induk bola sepak negara itu.

Dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel sekitar Subang, Selangor pada Isnin, Presiden FAM, Datuk Joehari Mohd Ayub berkata, kredibiliti bekas presiden badan induk itu diperlukan bagi membantu organisasi berkenaan.

“Kita perlukan hubungan Tan Sri dengan AFC, badan kerajaan dan swasta. Jadi, kita ambil kira perkara itu dan mengambil keputusan melantik Tan Sri sebagai Presiden Kehormat," katanya.

BACA LAGI:[VIDEO] Suka lah saya tak bertanding — Hamidin Mohd Amin

BACA LAGI:‘Nasihat itu sentiasa ada dari Tan Sri’, Joehari Ayob sedia ikut legasi Hamidin

Joehari (tengah) menyatakan tiada isu pertindihan kuasa akan berlaku.FAM

Bagaimanapun, Joehari menegaskan tiada isu pertindahan kuasa antara kedua-dua figura penting dalam badan induk bola sepak negara itu kerana Hamidin hanya akan memikul peranan sebagai penasihat.

"Kita ada peranan berbeza. Tan Sri Hamidin lebih bertugas sebagai penasihat dan tugas saya sebagai Presiden FAM masih berjalan seperti biasa. Mungkin, selepas ini, dengan kehadiran beliau, kita dapat menambah baik setiap keputusan dibuat.

"Setiap orang mampu memberi pandangan dan komen, tetapi kita akan bergerak ke depan dengan menganggap kehadiran Tan Sri dalam FAM akan membawa nilai tambah ke dalam organisasi ini," katanya.

Berdasarkan statut keluaran badan induk tersebut, Presiden Kehormat memikul tanggungjawab menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif dan jawatankuasa tetap selain bertindak sebagai badan induk FAM.

Ini merupakan satu peranan baik buat Hamidin yang juga merupakan Ahli Kounsel FIFA mampu membantu menaikkan mutu bola sepak dalam negara di peringkat antarabangsa. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram