Andai Kedah-Sri Pahang masih kekal, lebih baik 'sign' 3 bintang muda termasuk Nistelrooy berbanding import


  • Podium
  • Jumaat, 21 Mac 2025

Danial Asri antara pemain muda yang mempunyai potensi untuk menyerlah jika dipinjamkan.

KEMERIAHAN Liga Super 2025/26 terus menjadi tanda tanya oleh penyokong bola sepak tempatan selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan mungkin musim ini ialah tahun terakhir Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ini kerana masalah kewangan yang dihadapi dua pasukan itu sangat kritikal sehingga terpaksa dibubarkan kerana tidak mampu menanggung kos operasi pada musim depan.

Andai KDA FC dan Sri Pahang diberikan talian hayat untuk terus beraksi dalam Liga Super, wajar untuk mereka melupakan khidmat pemain import dan bintang tempatan.

BACA LAGI: Hasrat tak tercapai, Jalil Elias beri petunjuk bakal sertai JDT II?

BACA LAGI: Malaysia rumah kedua saya, Gabriel Palmero lahir dari akademi hebat Sepanyol — Ramon Marcote

Majoriti senaraikan tiga pemain muda yang memerlukan minit permainan dan boleh menjadi prospek masa depan skuad kebangsaan:

1. Daniel Asri (Selangor)

Sudah menginjak usia 25 tahun, prestasi Daniel Asri tidak menunjukkan peningkatan ketara bersama Gergasi Merah sejak 2020.

Daniel dilihat sering menjadi pilihan kedua atau ketiga dalam skuad utama kerana jurulatih gemar menggunakan khidmat pemain import sebagai nadi jentera serangan.

Bekas penyerang Harimau Muda itu hanya tampil dalam dua perlawanan Liga Super musim ini apabila kerap dimasukkan sebagai pemain gantian.

Kedah atau Sri Pahang wajar mendapatkan khidmat Daniel kerana dia mempunyai peluang cerah untuk menunjukkan bakatnya di masa akan datang.

2. Gabriel Nistelrooy (JDT)

Penjaring terbanyak Piala MFL, Gabriel Nistelrooy wajar menjadi banyak kelab-kelab Liga Super untuk mendapatkan khidmatnya.

Ini kerana, pemain berusia 24 tahun itu membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang tempatan apabila kini mengungguli takhta penjaring terbanyak Piala MFL 2024/25.

Kecemerlangan prestasi Nistelrooy ini dilihat hasil latihan pramusim Harimau Selatan di Sepanyol April lalu apabila namanya merupakan antara pemain muda yang turut dibawa oleh pasukan untuk beberapa aksi persahabatan di sana.

Manisnya, Nistelrooy turut beraksi hebat dan berjaya menyumbang dua jaringan buat skuad Harimau Selatan ketika membelasah Club Costa City 7-0 dalam salah satu perlawanan persahabatan di Sepanyol.

3. Syahmi Zamri (Terengganu)

Ketika ini, tanggungjawab sebagai penyerang utama skuad Sang Penyu dipikul pemain import, Ismaheel Akinade atau Nelson Bonilla sementara barisan kejurulatihan pasukan menunggu kepulangan Ivan Mamut.

Bagaimanapun, impak daripada kedua-dua pemain itu adalah sangat tidak konsisten dengan Bonilla kerap mensia-siakan peluang sementara Ismaheel kadang kala kerap melupakan peranannya di atas padang.

Dia yang sudah beraksi sebanyak 14 kali dalam semua pertandingan domestik setakat ini perlu diberikan peluang diletakkan dalam kesebelasan utama berbanding hanya dibawa masuk pada penghujung permainan.

Sekiranya diberikan minit mencukupi, dia sudah tentu dapat mencetak jaringan pertama dalam skuad senior musim ini atau sekurang-kurangnya dapat mengucar-ngacirkan barisan pertahanan pasukan pelawat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram