LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan pada Jumaat mengumumkan bahawa Kelantan FC sudah menghantar dokumen diperlukan untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.
"MFL mengesahkan Unit Pelesenan Kelab sudah menerima dokumen berkenaan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai Kelantan FC semalam (Khamis)," katanya.
Bagaimanapun, segala dokumen diterima masih dalam proses semakan First Instance Body (FIB) dengan bayaran 30 pemain dan staf perlu dilunaskan kelab Pantai Timur berkenaan.
MFL juga perlu mengesahkan kesemua pembayaran dibuat akan melibatkan Persatuan Pemain Bola Sepak Malaysia (PFAM) dalam urusan semakan.
Sebelum ini, skuad The Red Warriors (TRW) gagal menerima lesen kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super musim depan berikutan isu tunggakan gaji.
Namun, mereka diberikan peluang untuk menarik semula sekatan berkenaan sekiranya dapat menghantar dokumen diperlukan seperti mana ditetapkan MFL. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram